Thursday 12 May 2016

Perkara utama pemilihan kanopi

Perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat tempahan kanopi:

1. Harga sewa
Pastikan harga tersebut telah dipersetujui bersama antara vendor dan anda, dapatkan penjelasan harga kenapa yang ini mahal dan yang itu murah. Memang ada sebab mengapa harga yang ditawarkan oleh vendor berbeza, mungkin disebabkan oleh kualiti, jenis kain, material kanvas dan kanopi diselenggara atau tidak dan sebagainya. Sila berbincang dulu dengan vendor kerana meraka akan memberi maklumbalas dengan baik.

2. Bilangan kanopi
Biasanya vendor akan meletakkan harga sewa mahal sikit jika anda ambik 1 kanopi. Ini kerana untuk tampung kos upah pasang, dan pengangkutan. Walaubagaimana pun harga kanopi tidak lebih rm450 bagi kanopi tetamu/biasa. Tetapi jika anda ambil kanopi lebih dari 3 unit boleh dipertimbangkan untuk kurangkan harga tersebut dan berbincang dengan vendor

3. Lokasi pemasangan
Sudah tentu jika lokasi pemasangan jauh dari stor ventor harga akan tinggi sedikit. Sebab kos pengangkutan sekarang sudah meningkat, khusunya minyak disel dan selenggara lori. Sebaik2nya cari vendor yang berdekatan dalam satu kawasan supaya caj pengangkutan tidak dikenakan. Caj pengangkutan biasanya mengikut jarak antara rm50 hingga rm250, bahkan mungkin lebih lagi jika jaraknya jauh sangat.

4. Waktu pemasangan
Tidak dinafikan kebanyakan vendor akan pasang kanopi pada waktu pagi, petang dan malam. Bagi mereka masa jika berlaku kelewatan. Kadang2 kelewatan mungkin disebabkan jarak perjalanan jauh, lokasi yg dituju tidak tepat, alamat tidak lengkap.

5. Bayaran tepat
Pastikan anda membuat bayaran yang tepat mengikut tempoh yang dijanjikan. Dimana kerja pemasangan kanopi sudah siap, tetapi bayaran ditangguhkan oleh tuan rumah tanpa sebab. Hal ini boleh berlaku disebabkan sifat tidak percaya antara vendor dan tuan rumah. Sebaik2nya bayaran boleh dibuat setelah selesai pemasangan kanopi

6. Buat tempahan awal
Memang banyak berlaku apabila anda lewat membuat tempahan, atau last minute tempahan. Banyak vendor tidak dapat memenuhi permintaan last minute ini. Jika ada pun harga sewa akan meningkat sedikit dari biasa kerana vendor perlu menyusun/mempersiapkan jadual yang telah disusun. Tidak hairan jika ada vendor yang akan memasang kanopi pada lewat malam disebabkan hal ini.
Semoga panduan ini memberi kebaikan kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment