Thursday 22 October 2015

Promosi set kahwin

Promosi set kahwin kembali lagi. Bagi anda yang mencari pakej kanopi untuk majlis kahwin yang mampu sewa inilah peluangnya. Pelbagai tema warna mengikut warna pilihan anda, kanopi masih baru, putih bersih anda pasti berpuas hati. Hubungi kami dengan segera sebelum terlambat.

Set kahwin (RM 2930)
4 kanopi arabian
1 kanopi pengantin
1 kanopi pelamin
scallop 2 warna
14 meja bulat dengan alas meja top
140 kerusi bersarung dan riben
4 kipas
8 lampu
set makan beradab dan hiasan
2 kerusi pengantin
10 banquet kerusi bersarung dan riben
2 underlayer
2 kipas industri
1 meja hadiah
1 meja potong kek
Red karpet






Promosi pakej kanopi kembali

Sudah kembali lagi, promosi pakej kanopi kembali dengan pakej-pakej yang menarik dengan harga mampu sewa serta kanopi masih baru, putih bersih. Pasti anda berpuas hati. Promosi ini bermula 25 Oktober 2015 hingga 3 Januari 2016

Promosi pakej kanopi adalah seperti berikut :

i. Pakej VIP
ii.Pakej Super VIP

Setiap pakej akan dilengkapi dengan meja buffet diberi percuma.

Pakej VIP

Pakej Super VIP

Wednesday 14 October 2015

Sewa kanopi murah

Kami menyediakan perkhidmatan sewa kanopi murah di Rawang. Tiada caj pengangkutan dikenakan jika mengambil 3 kanopi atau lebih. memandangkan kadar tol telah naik sekarang kami merasakan perlu ada sedikit caj pengangkutan bagi menampung kenaikan tol tersebut.
#sewakanopi murah #sewakanopiarabian #sewakanopicutisekolah #sewakemah

Selain kanopi, kami juga menyediakan pakej dalam dewan bagi merealisasikan majlis yang anda inginkan. Harga pakej dewan yang murah pasti anda teruja!

Tuesday 13 October 2015

Musim kenduri makin hampir, sudahkah anda bersedia

Musim cuti persekolahan hampir tiba, pada waktu itulah ramai ibu bapa yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan akikah. Jadi bagaimana anda merancang agar majlis tersebut berjalan dengan baik? Disini saya nak kongsikan perancangan yang patut anda lakukan, iaitu :
i. Pilih tarikh yang sesuai - maknanya pilih tarikh supaya tidak bertindih dengan majlis orang lain. Terutamnaya jika anda ditinggal ditaman perumahan, dimana kebarangkalian untuk jemput hadir ada 80% saja dan sudah tentu bajet untuk makan juga akan turut terjejas. Sebaik-baiknya berbincang dulu dengan AJK taman, ketua kampung bagi mendapatkan tarikh majlis yang sesuai untuk diadakan.
ii. Pastikan majlis mengikut bajet..bukan bajet mengikut majlis. Dua istilah yang berbeza dan hasil yang jauh berbeza.  Anda boleh buat bajet kasar untuk majlis, andai kata jemputan tetamu adalah 1000 orang jadi anda perlu buat kiraan (anggaran saja) berikut :
*makan tetamu lebihkan kepada 1200 pax x $12/pax
*sewa kanopi 6 biji kemah x $350
*upah cuci pInggan, periuk 3 orang x $50
*DJ, jurugambar, makeup artis @1200
*Pelamin dan gubahan @800
iii. Buat senarai jemputan - supaya anda tidak tertinggal memanggil tetamu, terutama kawan sekerja, jiran-jiran. Sebabnya dalam waktu begini anda memang kalut untuk uruskan semuanya. Pastikan anda tahu jumlah jemputan agar tak melebihi dari kadar sepatutnya.
iv. Kenali caterer, wedding planner, orang kanopi supaya mudah untuk anda berurusan dengan mereka. Dapatkan sebut harga dari 2-3 orang pembekal supaya anda dapat harga yang terbaik. Bukat setakat harga terbaik tetapi servis juga mesti tip top. Biarkan mahal sikit dari biasa yang penting anda tak pening kepala semasa hari majlis tu nanti. Melalui pengalaman saya pernah terjadi 3-4 kes dimana tuan rumah mengalami kesukaran dengan pembekal, ada yg tamatkan kontrak di saat akhir majlis, pembekal tak datang. Ini berlaku akibat tuan rumah mengambil kos yang paling murah. Akibatnya anda binggu disaat akhir sebelum majlis bermula

Salam Maal HIjriah 1437

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan meneruskan kehidupan dalam tahun baru 1437 Hijriah, semoga amalan kebaikan yang dilakukan dan perniagaan sewa kanopi ini mendapat rahmat dan diberkati Allah.



Bagi anda yang ingin mendapat pakej-pakej kanopi yang menarik boleh hubungi saya 019-7724259 Amirul dengan harga yang menarik mengikut bajet anda.

Monday 12 October 2015

Tips hadapi kenduri perkahwinan

Musim cuti persekolahan hampir tiba,sudahkah anda membuat perancangan dan persediaan bagi mengadakan kenduri kahwin? Disini saya hendak kongsikan tips perancangan kenduri kahwin untuk  anda :
i. Ketahui pakej perkahwinan, caterer dan kanopi - pastikan anda bersedia dengan lebih awal 2-3 bulan sebelum majlis kenduri. Anda boleh pilih mana-mana wedding planner, atau caterer yang mengikut bajet anda. Ingat pastikan anda berbelanja mengikut bajet anda dan tidak membazir. Bagi perkhidmatan sewa kanopi pula carilah mereka yang berada disekitar anda, supaya anda boleh mengurangkan kos penghantaran jika ada. Boleh juga bertanya kepada kawan-kawan dan jiran dimana boleh dapatkan pakej kanopi yang menarik. Untuk pakej kanopi yang masih baru, putih bersih boleh hubungi 019-7724259 .

ii.Ketahui lokasi yang nak diadakan - jika anda mengadakan majlis kahwin di rumah anda, tidak ada masalah. Bagi anda yang membuat majlis di dewan, taman, hotel atau sebagainya sila buat tempahan awal sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum tarikh majlis.Ini kerana kawasan tersebut adalah terhad dan bergantung kepada tempahan yang masuk. Dengan kata mudah siapa depan dia dapat!

iii.Ketahui bilangan jemputan tetamu - pastikan anda memanggil jemputan mengikut kapasiti anda.Maknanya jika anda memanggil jemputan tetamu seramai 1000 orang, pastikan makanan yang disediakan adalah untuk 1200 orang. Mana taknya kerana setaip famili yang anda jemput pasti membawa anak-anak mereka sekali, saudara mara dan sepupu anda juga akan hadir nanti. Pastikan makanan yang disediakan itu biar lebih dan jangan tidak  cukup. Malu nanti apabila lauk habis dan jemputan tetamu masih ramai.

iv.Ketahui budaya dan adat setempat -negara kita ini kaya dengan budaya dan adat bagi sesuatu tempat, bahkan ada adat yang berbeza walaupun dalam satu negeri! Rujuklah dengan kawan-kawan atau jiran yangberdekatan supaya anda tidak kekok dengan adat tersebut. Walaupun perkara ini jarang dilihat, elok jika diambil perhatian agar majlis yang diadakan berjalan dengan baik.

v.Semak keperluan pernikahan - pastikan borang yang beraitan dengan pernikahan diisi dan dilengkapkan. Ketahui juga siapa  wali, kadi nikah, saksi yang akan hadir dalam majlis pernikahan itu nanti. Bakal pengantin dan saksi jangan lupa bawa bersama kad pengenalan semasa majlis akad nikah itu nanti, sebagai bukti anda. Jika tidak nanti timbul masalah yang tidak dapat dielakkan.


Sunday 20 September 2015

Pakej kanopi

Pakej tetamu :
Kanopi arabian
Scallop
Meja bulat 4 unit
Kerusi plastik 40 unit
Lampu dan kipas
RM 330


Pakej VIP:
Kanopi arabian
Scallop
Meja bulat dan alas top 4 unit
Kerusi plastik, sarung dan riben 40 unit
Lampu dan kipas
RM430















Pakej super VIP:
Kanopi arabian
Scallop
Meja bulat dan alas top 4 unit
Kerusi plastik, sarung dan riben 40 unit
Underlayer
Lampu dan kipas
RM530





















Untuk makluman lanjut hubungi :
whatsapp/sms/call
012-3357078
019-6682356
019-7724259
019-2691970
atau email tendamascreative@gmail.com

Wednesday 16 September 2015

Ucapan Penghargaan



ASSALAMUALAIKUM

Tuan-tuan dan puan-puan, pelanggan yang dihorrmati dan dihargai. Terima kasih kerana menggunakan khidamat kami dari TENDAMAS CREATIVE. Kami berharap tuan/ puan berpuas ingin hati dengan servis yang diberi. Sekiranya ingin menggunakan khidmat kami lagi, boleh berhubung kembali dengan kami

Tulus ikhlas daripada :
Tendamas Creative


Saturday 25 July 2015

8 Syawal 1436

Kami menyediakan perkhidmatan sewa kanopi yang masih baru, putih dan bersih bagi memenuhi keperluan anda bagi melangsungkan majlis pernikahan, pertunangan, akikah, sambutan hari lahir, doa selamat, promosi, acara-acara korporat atau kerajaan dan sebagainya dengan harga yang berpatutan mengikut bajet anda. Kami sentiasa  berusaha  menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi bagi menjamin kepuasan pelangan-pelangan.

Beroperasi di Rawang, kami bersediakan menerima tempahan di sekitar Kuala Lumpur, Selayang, Rawang, Gombak, Petaling Jaya, Subang, Shah Alam dan seluruh Lembah Klang

Hubungi kami melalui h/p atau whatapp :
Amirul 019-7724259              Mira  019-6682356
Karim 019-2691970              Ira     012-3357078