Monday 12 October 2015

Tips hadapi kenduri perkahwinan

Musim cuti persekolahan hampir tiba,sudahkah anda membuat perancangan dan persediaan bagi mengadakan kenduri kahwin? Disini saya hendak kongsikan tips perancangan kenduri kahwin untuk  anda :
i. Ketahui pakej perkahwinan, caterer dan kanopi - pastikan anda bersedia dengan lebih awal 2-3 bulan sebelum majlis kenduri. Anda boleh pilih mana-mana wedding planner, atau caterer yang mengikut bajet anda. Ingat pastikan anda berbelanja mengikut bajet anda dan tidak membazir. Bagi perkhidmatan sewa kanopi pula carilah mereka yang berada disekitar anda, supaya anda boleh mengurangkan kos penghantaran jika ada. Boleh juga bertanya kepada kawan-kawan dan jiran dimana boleh dapatkan pakej kanopi yang menarik. Untuk pakej kanopi yang masih baru, putih bersih boleh hubungi 019-7724259 .

ii.Ketahui lokasi yang nak diadakan - jika anda mengadakan majlis kahwin di rumah anda, tidak ada masalah. Bagi anda yang membuat majlis di dewan, taman, hotel atau sebagainya sila buat tempahan awal sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum tarikh majlis.Ini kerana kawasan tersebut adalah terhad dan bergantung kepada tempahan yang masuk. Dengan kata mudah siapa depan dia dapat!

iii.Ketahui bilangan jemputan tetamu - pastikan anda memanggil jemputan mengikut kapasiti anda.Maknanya jika anda memanggil jemputan tetamu seramai 1000 orang, pastikan makanan yang disediakan adalah untuk 1200 orang. Mana taknya kerana setaip famili yang anda jemput pasti membawa anak-anak mereka sekali, saudara mara dan sepupu anda juga akan hadir nanti. Pastikan makanan yang disediakan itu biar lebih dan jangan tidak  cukup. Malu nanti apabila lauk habis dan jemputan tetamu masih ramai.

iv.Ketahui budaya dan adat setempat -negara kita ini kaya dengan budaya dan adat bagi sesuatu tempat, bahkan ada adat yang berbeza walaupun dalam satu negeri! Rujuklah dengan kawan-kawan atau jiran yangberdekatan supaya anda tidak kekok dengan adat tersebut. Walaupun perkara ini jarang dilihat, elok jika diambil perhatian agar majlis yang diadakan berjalan dengan baik.

v.Semak keperluan pernikahan - pastikan borang yang beraitan dengan pernikahan diisi dan dilengkapkan. Ketahui juga siapa  wali, kadi nikah, saksi yang akan hadir dalam majlis pernikahan itu nanti. Bakal pengantin dan saksi jangan lupa bawa bersama kad pengenalan semasa majlis akad nikah itu nanti, sebagai bukti anda. Jika tidak nanti timbul masalah yang tidak dapat dielakkan.


No comments:

Post a Comment