Tuesday 13 October 2015

Musim kenduri makin hampir, sudahkah anda bersedia

Musim cuti persekolahan hampir tiba, pada waktu itulah ramai ibu bapa yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan akikah. Jadi bagaimana anda merancang agar majlis tersebut berjalan dengan baik? Disini saya nak kongsikan perancangan yang patut anda lakukan, iaitu :
i. Pilih tarikh yang sesuai - maknanya pilih tarikh supaya tidak bertindih dengan majlis orang lain. Terutamnaya jika anda ditinggal ditaman perumahan, dimana kebarangkalian untuk jemput hadir ada 80% saja dan sudah tentu bajet untuk makan juga akan turut terjejas. Sebaik-baiknya berbincang dulu dengan AJK taman, ketua kampung bagi mendapatkan tarikh majlis yang sesuai untuk diadakan.
ii. Pastikan majlis mengikut bajet..bukan bajet mengikut majlis. Dua istilah yang berbeza dan hasil yang jauh berbeza.  Anda boleh buat bajet kasar untuk majlis, andai kata jemputan tetamu adalah 1000 orang jadi anda perlu buat kiraan (anggaran saja) berikut :
*makan tetamu lebihkan kepada 1200 pax x $12/pax
*sewa kanopi 6 biji kemah x $350
*upah cuci pInggan, periuk 3 orang x $50
*DJ, jurugambar, makeup artis @1200
*Pelamin dan gubahan @800
iii. Buat senarai jemputan - supaya anda tidak tertinggal memanggil tetamu, terutama kawan sekerja, jiran-jiran. Sebabnya dalam waktu begini anda memang kalut untuk uruskan semuanya. Pastikan anda tahu jumlah jemputan agar tak melebihi dari kadar sepatutnya.
iv. Kenali caterer, wedding planner, orang kanopi supaya mudah untuk anda berurusan dengan mereka. Dapatkan sebut harga dari 2-3 orang pembekal supaya anda dapat harga yang terbaik. Bukat setakat harga terbaik tetapi servis juga mesti tip top. Biarkan mahal sikit dari biasa yang penting anda tak pening kepala semasa hari majlis tu nanti. Melalui pengalaman saya pernah terjadi 3-4 kes dimana tuan rumah mengalami kesukaran dengan pembekal, ada yg tamatkan kontrak di saat akhir majlis, pembekal tak datang. Ini berlaku akibat tuan rumah mengambil kos yang paling murah. Akibatnya anda binggu disaat akhir sebelum majlis bermula

No comments:

Post a Comment